SIRI 33 YTDT
Antara Takbir Dan Gemanya
(Bahagian Satu)
Dalam ucapan Selamat Hari Raya yang terbaru, Diktator Mahathir telah mengajak
umat
Islam melupakan perselisihan faham dan permusuhan dalam agama dan politik,
sekurang-kurangnya buat sehari pada hari raya menerusi amalan
bersalaman-salaman dan
bermaaf-maafan sesama mereka. Diktator Mahathir mengajak rakyat mengenepikan
semua
tuntutan bersifat perkauman dan terus mempertahankan formula perpaduan yang
dicipta
pengasas-pengasas negara demi menjayakan Wawasan 2020. Beliau berkata:
"Pada permulaan tahun abad dan alaf baru ini, marilah kita semua ketepikan
tuntutan
yang tidak mungkin dapat diterima oleh masyarakat pelbagai kaum, marilah kita
kembali
kepada kesederhanaan dan toleransi yang telah membawa keamanan dan kemakmuran
kepada kita
dan negara kita. Tidak ada lagi keperluan baru untuk menstabil, mengaman serta
memajukan
negara."
Beliau berkata adalah jelas formula yang dicipta oleh pengasas-pengasas negara
iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin dan Tun VT. Sambanthan yang diterima
pakai
oleh pemimpin Sarawak dan Sabah amat mustajab bagi Malaysia. Katanya:
"Pemimpin yang
memegang teraju selepas pengasas-pengasas negara hanya perlu memberi makna
dan mengisi
formula Malaysia yang telah dicipta dan dipersetujui ketika negara
memperjuangkan
kemerdekaan. Oleh kerana kejayaan formula ini, apakah kita mahu
menggugurkannya dan
mencipta formula lain atas desakan mana-mana pihak yang mendakwa formula
yang sudah
kita amalkan selama 43 tahun adalah tidak adil dan memihak kepada kaum tertentu
saja?
Apakah kita sanggup mengancam kestabilan serta kemajuan negara dan mungkin
merosakkan
masa depan kita hanya kerana ada pihak tertentu ingin mendapat semua yang
dituntut oleh
mereka?"
Antara Formula Lama Dan Baru
Pelik, bagaimanakah seorang diktator yang telah berkuasa selama 20 tahun lamanya
dan
gemar menyebut kemajuan Malaysia yang dilakar mengikut acuan sendiri yang
melambangkan
kepintaran seorang insan yang akhirnya bergelar Wira Dunia Ketiga, tiba-tiba
mengungkit
nama tiga orang pengasas kemerdekaan itu agar rakyat mesti tenang buat
penilaian. Kenapa
tiga nama itu sahaja yang disebut? Apa sudah jadi dengan nama Onn Jaafar, Tun
Razak
Husin, Tun Dr. Ismail, Saadon Jubir, Tun Tan Cheng Lok dan banyak lagi seperti
Temenggong
Jugah, Tun Mustapha Haron dan sebagainya. Bagaimana pula dengan seorang pengasas
UMNO
seperti yang ditulis dalam buku "A New Deal For Asia" di mana pada muka surat
18 ada
tertulis:
"I organised the first Kedah Malay Youth Union, and later the Kedah Malay
Union, a
political party which evolved into what is today the ruling party of
Malaysia , the
United Malays National Organisation (UMNO)"
(Saya telah menubuhkan Persatuan Pemuda Melayu Kedah yang pertama, dan
kemudiannya
penubuhan Persatuan Melayu Kedah, sebuah parti politik yang kemudiannya
bertukar menjadi
apa yang dikenal hari ini sebagai UMNO.)
Saya mahu rakamkan perenggan yang dimulakan dengan kenyataan di atas dengan
menterjemahkannya terus ke Bahasa Melayu:
"Usaha kami itu berakhir dengan kejayaan juga. Kami telah gunakan rintihan
kecilan
yang dicetuskan oleh rakyat setiap hari untuk menggembeling penyertaan mereka
menentang British. Sebagai contohnya, kalau rakyat tidak senang hati dengan
kenaikan
harga beras, kami gunakan masalah itu mendapatkan sokongan mereka untuk
memperjuangkan
isu yang lebih besar lagi. Akhirnya, British terpaksa melupakan hasrat penubuhan Malayan Union. Saya beranggapan bahawa berakhirlah perjuangan kami, tetapi beberapa
pemimpin
UMNO mula berkempen untuk mendapatkan kemerdekaan. Secara peribadi, saya masih
tidak
yakin bahawa kita mampu menguruskan negara kita sendirian. Seperti ketika itu,
Malaysia
ialah sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum di mana Melayu, Cina dan kaum
India
merupakan tiga kumpulan etnik yang besar. Dari segi statistik, orang Melayu
merupakan
penduduk yang lebih ramai tetapi dari segi kekayaan dan kuasa ekonomi, orang
Cina memang
lebih kuat lagi. Cabaran yang terbesar bagi kami tidak semestinya bagaimana
mengnyahkan British keluar, tetapi bagaimana menguruskan negara kami yang
majmuk itu
selepas tercapainya kemerdekaan."
Kenyataan lapan belas baris dalam muka surat 18 itu menunjukkan beberapa fakta
yang
mencerminkan bagaimana Diktator Mahathir memimpin negara ini.
- Dia memang pandai berbohong. Bayangkan bagaimana dia sanggup menyebut bahawa
dialah
pengasas UMNO melalui Kedah Malay Union, sedangkan kita tahu UMNO dilahirkan
di istana
Johor, atas usaha Dato Onn Jaafar dengan kerjasama para guru dan wartawan
Melayu.
- Dia mendapatkan sokongan orang Melayu dengan menggunakan masalah peribadi
mereka
untuk menyokong perjuangannya. Bukankah itu taktik yang sama dilaksanakannya
dengan
memutarbelitkan minda para pemimpin UMNO untuk taksub kepadanya? Oleh kerana
dia
mempunyai kuasa yang amat besar, dia mampu berbelanja sakan untuk menjulap
setiap
pemimpin UMNO baik yang sedang berkhidmat mahupun mereka yang sudah lama bersara
agar
terus tercungap kerana mahu mengekalkan lambang kekayaan dan kuasa.
- Pembubaran (ura-ura) "British Union" bukannya disebabkan usaha Mahathir
mendapatkan
sokongan orang Melayu yang bermasalah untuk menyokong pergerakannya. British
hampir
berjaya dengan rencana itu setelah majlis raja-raja Melayu bersetuju mengikut
tipu helah
British itu. Yang menghentikan ura-ura British itu ialah demonstrasi rakyat
marhaen
Melayu, yang mengingatkan British kepada peristiwa 'Bowani Junction' di India
satu ketika
dulu. Itulah himpunan rakyat India daripada golongan Hindu dan Islam yang
bersatu di
bawah pimpinan Ghandi yang meminta British membenarkan rakyat India mentadbir
negara
mereka sendiri. British telah cuba mengarahkan rakyat marhaen bersurai setelah
mereka
menyekat pergerakan keretapi dengan berbaring di landasan. Mereka enggan beredar
walaupun
disirami dengan air kencing.
- Mahathir tidak yakin rakyat Malaysia mampu mentadbir negara mereka kalau
kemerdekaan
dicapai. Tetapi, kenapakah di hari ini dia selalu sangat menuduh orang asing
kerana mahu
mengkucar-kacirkan negara ini? Malahan, dia mudah menuduh pemimpin Keadilan
seperti Ezam
sebagai pihak yang mudah mengikut pengaruh asing. Apakah cadangannya kepada golongan
yang mengkritiknya? "Pergi daripada Malaysia dan hiduplah di negara orang."
- Di muka surat "19" ada satu ayat yang berbunyi: "I value the family very much
and have
always tried to promote family values as a central part of my policies and
political
visions." Maksudnya ialah: "Saya menghargai keluarga dan memberikan penekanan
terhadap
kerukunan keluarga sebagai rujukan penting terhadap dasar dan wawasan politik
saya."
Tetapi, apakah dia memikirkan keluarga orang lain? Jawabnya tidak. Kerana itu
dia
sanggup memenjarakan Anwar Ibrahim dengan tuduhan yang tidak masuk akal dan
menangkap
serta memasukkan Azmin dan Ezam ke dalam lokap sebaik sahaja mereka pulang
daripada tanah
suci untuk berhari raya dengan keluarga.
Sekarang saya ingin rakamkan apa yang ditulis oleh diktator ini pada muka surat
21 hingga
23 dalam buku yang sama:
"Pulling our country out of poverty and creating a fair and prosperous society
for all
ethnic groups was never an easy task. I was always quite outspoken and would
sometimes
argue with the leadership of the party concerning their policy choices.
"In 1969, I stood for my second election. At that time, I was of the opinion
that the
Malays, the country's largest ethnic group, were not too happy with what
independence had
brought them. Becoming an independent nation had not substantially improved
their
livelihood, except they now had Malay leaders in government. The ordinary
Malays were
not faring any better than in colonial times; economically and educationally
they
remained backward. Only a handful of Malays were employed by major companies
owned
by European and others, and the Malaysian Chinese continued to control the
economy.
"The election of 1969 gave the Alliance coalition, which was headed by UMNO,
only a very
small majority, and in some states we were unable to form a government. A very
unstable
and volatile situation arose and the crisis culminated when race riots broke
out in
Kuala Lumpur on May 13, 1969 with serious fights between the Chinese and the
Malays. I
blamed the political leadership of UMNO for the riots and wrote a strong letter
to the
prime minister, Tunku Abdul Rahman, urging him to resign. I pointed out to him
that the
wrong policies had been chosen for a multiracial society but this kind of
candid
criticism was not tolerated and I was expelled from the party.
"For three years I was exiled from politics in my own country. My break with
the Tunku
and the political leadership in 1969 has been documented and analysed
extensively in
books and academic theses and need not be repeated here. Suffice it to say that
an
equitable racial policy is of the utmost importance in a country with
several
different ethnic groups who were not enjoying the same level of economic
activity. I
was reinstated as a member of the party and as a senator in 1972 and was given
my first
cabinet post as a Minister of Education after I won the 1974 elections. Only
two years
later, in 1976, I was appointed deputy prime minister and this naturally set me
on a
course to become prime minister in 1981.
Even as a deputy minister I had plenty of ideas about what should be done for
the
country, but having a boss meant that I was unable to do things on my own.
Thus, my
first thoughts when I became prime minister in 1981 were that now I was finally
free to
try out all of these ideas. After becoming prime minister, I first set out to
reexamine
everything we had been doing. All the policies, all the day to day business of
running
a government, all the systems and procedures in the bureaucracy were
thoroughly
examined and, when necessary, new ideas and practices were implemented. We
created
workflow charts and office manuals for government officials so that everyone
knew
exactly what he or she had to do. We systematised the administration and
immediately
started pushing people both in government and in the general public to work
harder and
more efficiently to invigorate and develop the country.
My years as deputy and prime minister coincided with an era of spectacular
economic
and social development in Malaysia and other East Asian countries. In the
following
chapter I will present my view of the key mechanisms behind this period of
growth and
rapid development. Personally, my entire focus in this period has been on the
creation of
an ethnically stable and economically and socially prosperous Malaysia.
"Looking back at my years as prime minister, I think it is fair to say that my
single
greatest achievement has been focusing the entire nation of the future.
Previously
there were no truly long-term targets or plans and people just lived from day
to day.
My government and I created a long term vision in which everyone knew his role
and
which mobilised everyone, from the man in the streets to top leaders in
business and
politics, to work harder, for their country and for themselves. The actual
results
achieved gradually fostered a sense of self-confidence and belief in the future
which
lasted until the fateful summer of 1997."
Diktator Mahathir menulis bukunya itu pada tahun 1999. Dia banyak menggunakan
bahan
sejarah untuk menegakkan benang basah, seolah-olah dialah wira negara terunggul
yang
membawa Malaysia ke mercu yang menonjol. Sekaligus dia menghina penjajah British
dan
sistem PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang berasaskan sistem Indian Civil
Service
yang sungguh terkenal seantero dunia. Satu ketika dulu seseorang yang gagal
dalam ujian menjawat jawatan ICS masih mampu dan bangga menulis gelaran ICS (failed) di
sebelah
namanya. Contoh ini pernah dilakukan oleh Allahyarham Haji Mubin Shepherd.
Diktator Mahathir juga lupa bahawa Malaysia sudah mempunyai Buku Rancangan Malaysia sejak
lama dulu
lagi sebagai asas pembangunan negara.
Alangkah ganjil, ketika Tunku Abdul Rahman memerintah negara ini hinggalah Tun
Hussein
Onn, tidak banyak buku yang diharamkan. Akhbar tabloid seperti Watan bebas
diterbitkan,
tanpa banyak sekatan. Kempen pilihanraya berjalan hampir sebulan tanpa banyak
masalah
dan pertempuran darah. Ketika Tunku memerintah, sesiapa sahaja boleh berbalah
di
parlimen ataupun di luarnya tanpa banyak masalah dan bahananya. Hukum
undang-undang ISA
tidak banyak digunakan terhadap ahli pembangkang. Malahan, Tunku kerap berhenti
di rumah
pemimpin pembangkang tanpa sebarang temu janji, cuma untuk berbincang tanpa
rasmi dan
menghirup secangkir teh atau pun kopi. Kalau ada perkara yang tidak disenangi
oleh rakyat
terhadap kerajaan yang memerintah, mereka tulis di akhbar-akhbar ataupun mereka
hantarkan
memorandum untuk membantah. Pernah terjadi apabila Tunku atau pun Tun Razak
ditahan di
tengah jalan secara bersopan untuk membolehkan rakyat menyerahkan surat
bantahan. Tidak
pula rakyat itu ditangkap ataupun ditahan, dibelasah sehingga lebam matanya dan
remuk
tulang belakangnya. Tidak ada masalah yang tidak pernah dilalui oleh rakyat
Malaysia
dengan pemimpinnya secara bersama. Malahan ketika itu Chin Peng, Rashid Maidin,
Shamsiah
Pakeh dan pengikut mereka masih masyhur sebagai petualang negara. Nama mereka
bermain di
bibir pemimpin negara dan para bala tentera. Rakyat sanggup bersabar melihatkan
keadaan darurat negara berubah rupa, tanpa mahu mencetuskan banyak masalah kepada kerajaannya.
Tetapi, lihatlah kini, apa yang terjadi? Komunis sudah lama pergi, industri
timah dan
getah yang sudah lama gerhana sudah lama diganti oleh sawit, gas dan minyak,
pelancongan
dan perindustrian. Sudah banyak hasil bumi yang berjaya dikumpulkan dan mampu
menonjolkan
Malaysia sebagai negara dunia ketiga yang terkaya di dunia. Sekaligus semua
hasil yang
lumayan itu sudah mampu memberi kesenangan kepada orang Melayu yang banyak
berjuang
mati-matian menegakkan keselamatan dan kestabilan politik di negara ini.
Sepatutnya
kemewahan yang ada itu sudah mampu memberikan ketenangan dan keyakinan kepada
orang Cina
dan India untuk terus hidup senang linang di sebuah negara di mana ada jaminan
akan
kestabilan politik di dalamnya. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya? Di manakah
hasil
bumi yang dikumpulkan oleh Petronas yang sepatutnya berjumlah lebih RM124
bilion
semuanya? Kalau pun ada wang rakyat itu digunakan untuk membangunkan negara,
apakah
pembinaannya dan berapakah kos sebenarnya? Kalau kita sudah banyak wang simpanan
hasil
gas dan minyak mentah itu, kenapakah hutang negara semakin bertapuk banyaknya
sehingga
tiga generasi yang akan datang masih tidak mampu melunaskannya?
Penyelewengan Mega Yang Diputar-putarkan
Negara telah merdeka selama 43 tahun. Diktator Mahathir telah memegang tampuk
kerajaan
lebih daripada 20 tahun. Di waktu itu negara mampu naik membangun dengan
menikmati
tempias pembangunan ekonomi rantau Asia yang menjadikan Jepun negara terkaya di
dunia dan
diikuti oleh Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Filipina, Thailand dan Indonesia
ikut naik
sama selaras kemajuan tempias yang ada sambil mampu menyediakan tenaga buruh
yang amat
diperlukan oleh Malaysia. Burma, Bangladesh, Pakistan dan India malahan juga
beberapa
negara di Afrika telah menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang diperlukan,
walaupun
usaha untuk merencana kemasukan mereka secara tersusun tidak pernah dilakukan
dengan
serius kerana alasan politik yang tertentu dan untuk memperkayakan pemimpin
politik yang
tertentu. Tenaga yang mendatang itu bukannya digunakan di tempat yang paling
diperlukan
iaitu memperkuatkan industri perladangan dan pertanian ataupun perkilangan
kerana itulah
industri yang banyak menyumbang kepada hasil mahsyul negara. Mereka dibawa
masuk secara
berleluasa untuk projek mega yang membazirkan wang rakyat jelata. Yang lebih
memalukan
banyak projek mega itu diserahkan secara kontrak 'turnkey' kepada para
suku-sakat,
jongos dan para kroni. Panduan negara agar kontrak besar diberikan secara
tender terbuka
dimansuhkan secara mudah agar kroni yang hanya pandai mengekspot batang penyapu
diberikan tender membuat empangan hidro. Juru wang bank dan penjual insuran diberikan
kontrak membuat projek tren aliran kota raya. Wang rakyat jelata dibelanjakan
untuk
membina litar lumba yang digunakan hanya dua kali setiap tahun sedangkan kosnya
itu mampu
membina projek perumahan untuk rakyat yang berpendapatan sederhana.
Apabila projek mega diteruskan tanpa rancangan yang jitu dan tujuan yang
menepati nawaitu
pembikinannya, inflasi datang mengancam dan rakyat jelata turut menjadi mangsa.
Kekayaan
negara merudum kerana pembaziran telah menghasilkan unsur-unsur ketahanan negara
terhadap
serangan putar-belit matawang pasaran dunia. Projek mega dan segala kerakusan
yang
tercetus darinya telah melalaikan pihak yang berkuasa sehingga terus menjadi
gelabah
apabila dicabar oleh bencana. Diktator Mahathir terus melatah melihatkan
anak-anak dan
para kroni yang tertekan dan yang meminta agar diselamatkan. Sekali lagi suara
rakyat
diketepikan sedangkan harta warisan rakyat itu diperah tanpa persetujuan mereka
ataupun
tanpa mendapatkan keizinan. Ekonomi negara pun merudum dan banyak projek swasta
yang terbengkalai. Tetapi, projek yang ditaja oleh si diktator tua tidak boleh
dibiarkan
terbengkalai kerana mesti diteruskan juga dengan menggunakan harta rakyat yang
masih ada.
Kalau tidak didapati mencukupi surat hutang diagihkan dengan premium yang
tinggi dengan
mencagarkan hasil minyak dan gas yang masih lagi berada di perut bumi.
Proses menyelamatkan para kroni dengan menggadaikan hak rakyat jelata berjalan
terus
walaupun teori pengurusan mengajar kita adalah lebih baik membiarkan projek
yang gagal
itu lingkup daripada menyelamat dan mengapongkannya. Diktator Mahathir tidak
pernah
mendengar teori itu, kerana kebanyakan projek mega yang gagal adalah kepunyaan
keluarganya ataupun kepunyaan para kroni dan suku-sakat yang difaraidkan secara
proksi
kepada beberapa orang bukan Melayu yang tergolong dalam Kelab Elit Jin Alam Mahathir (KEJAM).
Penyelewengan Mahathir telah cuba dibenteras oleh Saudara Anwar Ibrahim, tetapi
beliau
gagal melaksanakannya. Sebaliknya beliau terjebak dalam satu perangkap yang
disediakan
oleh si diktator tua itu bersama satu kumpulan insan berhati syaitan yang
sanggup
membelakangkan Tuhan kerana ketaksuban kepada kekayaan di dunia ini. Ketika
kumpulan
insan jahanam ini melakar program menghenyak Anwar Ibrahim ke kancah
penghinaan,
Mahathir secara solo mengelilingi dunia dan berucap untuk memperlekehkan George
Soros
sebagai penyangak matawang antarabangsa yang menjahanamkan ekonomi Asia
Tenggara. Yang
anihnya, hampir seluruh dunia faham dan sedar bahawa Soros bukannya insan yang
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ekonomi yang merudum secara serentak itu.
Kenapakah
Soros dipersalahkan, sedangkan di waktu ekonomi Malaysia menjunam, ekonomi
Taiwan dan
Singapura tidak pun terjejas dengan teruknya? Kenapakah kejatuhan ekonomi
Malaysia
berlaku sama masanya dengan kejatuhan ekonomi Filipina, Indonesia dan Thailand?
Mahathir cuba menuduh orang lain kerana kerakusannya. Dia cuba mendapatkan
simpati dunia dengan menuduh Soros, tetapi dia hanya ditertawakan sahaja. Taktik memperbodohkan
dunia
agar dia dapat gunakan simpati mereka untuk memperkokohkan kedudukannya di
Malaysia
menghadapi jalan buntu. Dia tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia bahawa
ekonomi
negara merudum kerana ada sekongkolan di antara Soros dan Saudara Anwar Ibrahim
dan kuasa
besar asing seperti Amerika yang telah menghamparkan permaidani merah ketika
Anwar
melawat negara besar itu. Tinggallah strategi terakhir yang berasaskan buku '50
Dalil
Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'
Untuk memahami jalan cerita kerakusan Mahathir untuk terus berkuasa eloklah kita
rakamkan
di sini apa yang berlaku satu ketika dulu di mahkamah pada 19 April, 2000
ketika peguam
Gurbachan Singh Deo menyoal Nurazman bin Abdullah @ Baginda anak Minda sebagai
saksi
pendakwaan nombor 28 (D28);
Gurbachan (G): Adakah kamu kenal seseorang yang bernama Datuk S'ng?
Baginda (B): Ya, Yang Arif, saya kenal.
G: Apa hubungan kamu dengannya?
B: Bekas majikan saya.
G: Adakah kamu juga kenal dengan seorang perempuan bernama Umi Hafilda bt.
Mohd. Ali?
B: Ya.
G: Semenjak bilakah kamu kenal dia?
B: Sejak 1992.
G: Adakah apa-apa hubungan antara kamu dengan Umi Hafilda dengan Datuk S'ng?
B: Ada.
G: Apa dia?
B: Pada mulanya ada rancangan antara saya, Datuk S'ng dan Umi membuat projek sekolah.
G: Khususnya projek apa?
B: Untuk membekal kasut dan baju (pakaian) seragam.
G: Pada bulan Jun 1998, adakah kamu bersama-sama Datuk S'ng ,
Ummi dan lain-lain orang pergi ke London?
B: Ya, saya dengan Datuk S'ng, Ummi dan seorang lagi rakan saya bernama George bertolak ke London.
G: Adakah kamu bertolak ke London dari lapangan terbang Subang?
B: Benar. Dari Terminal 1.
G: Di lapangan terbang, adakah apa-apa berlaku mengenai buku 50 Dalil?
B: Sebelum saya 'check-in' Ummi telah memberi kepada saya buku ini.
G: Apa tujuan Ummi memberi buku itu kepada kamu?
B: Dia kata dia nak tunjuk satu gambar dia bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar yang terkandung dalam buku itu.
G: Berapa hari kamu tinggal di London?
B: Datuk S'ng dan George hanya tinggal 4 hari dan saya dan Ummi 5 hari.
G: Semasa di London adakah kamu dan Ummi tinggal di rumah ini?
B: Benar.
G: Semasa di London adakah Ummi menceritakan kepada kamu siapakah yang menaja buku 50 Dalil?
B: Ummi pernah memberitahu saya dan Datuk S'ng ada tiga orang yang
menaja buku ini - Dato Tengku Adnan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim.
G: Semasa di London, kamu tahu sama ada Ummi Hafilda menelefon beberapa orang di
Malaysia
B: Dia pernah menelefon beberapa orang seperti Khalid Jefri dan Tun
Daim, tetapi dia gagal menghubungi.
G: Adakah Ummi menceritakan siapakah orang lain dalam reka-rekaan kandungan buku ini selain daripada Khalid Jafri.
B: Tidak, hanya Khalid Jafri.
G: Adakah Ummi menceritakan kepada kamu tentang Azizan, khasnya tuduhan l***t terhadap Anwar?
B: Ya. Ummi ada memberitahu saya ia telah memaksa Azizan mengaku yang dia dil***t oleh Anwar.
G: Apa yang Ummi kata mengenai pengakuan yang Azizan dipaksa
membuat?
B: Ummi berkata dia sangat benci dengan Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin, oleh kerana mereka berdua tidak pernah beri projek padanya.
Dia benci, itu sebab dia memaksa Azizan untuk mengaku dia dil****.
G: Adakah Ummi memberitahu kamu tujuan dia memaksa Azizan
membuat pengakuan dia dil****?
B: Supaya Anwar jatuh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
G: Adakah Ummi memberitahu kamu sama ada beliau mengharapkan projek atau apa-apa?
B: Ya.
G: Apa dia ?
B: Ummi pernah memberitahu saya, bila Anwar dijatuhkan, dia akan dapat Projek Iklan di Lapangan Terbang Sepang sebanyak 10 tiang
(papan tanda besar), satu papan tanda bernilai 1 juta.
G: Adakah Ummi beritahu dia akan dapat projek daripada siapa?
B: Ada. Tun Daim akan memberikan projek.
G: Adakah Ummi memberitahu kamu perkara l***t antara Anwar dan Azizan ini berlaku atau tidak?
B: Mula-mula dia berkata memang berlaku, 'she wants to convince me. Tetapi
oleh kerana
saya sangat rapat dengan dia, akhirnya dia memberitahu saya semua ini direka
untuk
menjatuhkan Anwar.
G: Berapa rapat?
Saksi seolah kurang faham maksud soalan itu. Hakim memberitahu Gurbachan bahawa
perkataan 'sangat rapat' itu sudahpun jelas dan dia tidak payah tanya sekali
lagi.
Tetapi Gurbachan mengulangi soalan itu sekali lagi.
B: Saya dengan Ummi pernah buat hubungan seks. Itu sebab saya kata saya ada
hubungan
rapat.
Hakim: Go ahead. He is your witness. You can ask question you like!
G: I am not going to ask question I like, but will only ask question
which are
relevant! (Kepada saksi): Di mana dia buat hubungan seks dengan kamu?
B: Di Lodon.
G: Bilakah hubungan rapat dengan kamu bermula?
B: Semenjak Jun 1998.
G: Apakah yang Ummi beritahu selanjutnya berkenaan dengan
l***t selepas
hubungan rapat
antara kamu berdua?
B: Umi pernah memberitahu saya bahawa dia akan memberi RM200,000 kepada bekas isteri saya untuk saya berkahwin dengannya.
G: Pernah dia beritahu di mana dia akan dapat RM200,000 itu?
B: Dia ada beritahu, selepas Anwar dijatuhkan, "kita akan dapat RM10 juta dari projek Sepang." Dia berkata dia janjikan 25% saham dalam
projek Sepang kepada saya.
..
G: Pada masa itu, iaitu Jun 1998, adakah kamu sudah berkahwin?
B: Ya, saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
G: Adakah kamu tahu kenapa pada mulanya Ummi mengatakan bahawa perbuatan l***t antara
Anwar dengan Azizan memang berlaku tetapi akhirnya ianya hanya reka-rekaan sahaja untuk menjatuhkan Anwar?
B: Mula-mula kita belum rapat. Akhirnya (apabila) hubungan kami semakin rapat, saya bertanya dengan Ummi saya mesti diberitahu
sebenarnya apa yang berlaku. Ummi memberitahu saya semuanya direka untuk menjatuhkan Anwar, untuk mendapatkan projek.
G: Boleh kamu ingat tarikh kamu dan Ummi balik dari London?
B: 22 Jun 1998
G: Adakah Ummi memberitahu kamu mengenai surat yang dikatakan ditulis oleh Ummi kepada Perdana menteri?
B: Ya, ada. Dia ada menyatakan bahawa dia ada menulis surat kepada Perdana
menteri. Tetapi dia pernah memberitahu saya bahawa kandungan surat yang ditulis itu
sudah diubah.
G: Dia ada beritahu kamu siapa yang ubah surat itu?
B: Ada. Dato' Aziz Shamsuddin.
G: Selepas balik dari London pada Ogos 1998, adakah Ummi menceritakan kepada
kamu apa-apa
mengenai hubungan beliau dengan bapanya?
B: Ya, dia ada memberitahu saya. Pada satu malam dia tak boleh tidur dan
menelefon
saya (dan mengatakan) bapa dia menghalau dia dari rumah. Dia memberitahu ini
disebabkan
dia memberi "part of the information" (sebahagian dari maklumat) - iaitu gambar
- yang
dimasukkan ke dalam Buku 50 Dalil. Bapa dia marah sebab dia bagi information
itu dan tak
menganggap dia sebagai anak.
G: Ingat tak berapa perkataan yang digunakan (oleh Ummi)?
B: Bapanya tak anggap dia "sebagai anak dunia dan akhirat" kerana dia
memberi maklumat dalam kandungan buku itu.
G: Adakah Ummi beritahu, bapanya halau dia dari rumah kerana dia mereka-reka
sesuatu?
B: Kerana dia cuma bagi information..Information itu palsu sebab itu, bapa
dia tak
anggap dia sebagai anak.
G: Itu sahaja.
Mahkamah berhenti sidang sekejap pada jam 11.05 pagi dan bermula semula pada
jam 11.45
pagi. Tetapi, Gurbachan bangun semula dan meminta kebenaran untuk menyoal
lanjut.
Hakim membenarkannya dan pihak pendakwaan tidak membantah.
G: Adakah Ummi beritahu kamu siapakah di belakang buku 50 dalil?
B: Ummi pernah memberitahu (saya) Perdana Menteri orang yang di belakang buku
itu.
G: Adakah Umi memberitahu kamu sesiapa dari Pejabat Perdana Menteri yang
meminta
dibekalkan 50 Dalil semasa kamu di London?
B: Dia memberitahu saya (bahawa) Aziz Shamsuddin dari jabatan Perdana Menteri
meminta
dibekalkan 40 buku.
G: Adakah Umi memberitahu kamu dia berjumpa sesiapa di Sepang?
B: Ada. Dia berjumpa dengan Tun Daim dan Daim mengarahkannya pergi berjumpa
dengan
Tan Sri Basir. Dia (Ummi) beritahu, apabila dia sampai, dia diberitahu Tan Sri
Rahim
Tamby Chik sudah menunggu dia di situ.
G: Adakah Ummi memberitahu kepada kamu sesiapa orang lain yang terlibat alam
mereka-reka tuduhan l**** dalam kandungan buku 50 Dalil?
B: Ada. Dia kata Tengku Adnan, Daim, Rahim Tamby Chik yang terlibat.
Mahkamah ditangguh pada jam 12.00 tengah hari. Pihak pendakwa enggan menyoal
baginda
kerana menunggukan Hafilda dipanggil oleh mahkamah. Pihak pembela pula menunggu
sehingga
mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Diktator Mahathir perlu datang ke
mahkamah
sebagai saksi untuk memberi keterangannya. Beliau enggan hadir walaupun sudah
diberikan sapina sebanyak dua kali. "
Saya mengajak para pembaca meneliti maklumat yang dirakamkan kali ini. Cuba
fikirkan
masak-masak siapakah yang sebenarnya mencetuskan perpecahan di kalangan orang
Melayu?
Siapakah yang mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan pelaburan negara?
Sekarang,
kesan semua kerja bajingan ini sudah meletakkan ekonomi negara di satu tahap
yang sungguh
menakutkan. Cara memperbaikinya dikatakan terletak kepada perpaduan orang Melayu
yang
telah terjejas "oleh mainan politik parti pembangkang dan kerana ketaksuban
kepada
fundamental Islam".
Inilah mainan Mahathir selama ini. Dia gunakan semua fitnah itu untuk menakutkan
orang
Melayu agar bersatu kalau tidak Melayu lemah. Apabila Melayu lemah kaum lain
seperti Cina
akan menggugat ketuanan Melayu dan Hak keistimewaan orang Melayu. Inilah putar
belit UMNO
dan Mahathir selama ini. Dia masih mahu menipu bangsa Melayu, seperti dia menipu
seluruh
dunia bahawa dialah pengasas UMNO.
UMNO dan Mahathir sudah menggunakan segala media perdana untuk mencanangkan
usaha
perpaduan Melayu itu. PAS dan Keadilan dikatakan sudah bersetuju dengan isu itu
dan
"menunggukan agendanya sahaja". Tetapi sedarkah orang Melayu semuanya bahawa
taktik kotor
ini sebenarnya menggugat keharmonian negara kerana sekaligus ia memperlekehkan
kewujudan
kaum lain yang selama ini menyumbang terhadap pembangunan negara?
Kini, Mahathir mahukan orang Melayu bersatu setelah 'berpecah'. Siapakah raja
pencetus
perpecahan itu? Betulkah Melayu sudah berpecah ataupun hanya UMNO yang berpecah?
-Marhaintua-
2 Januari 01. Bersambung
|